1. Jika sebelum ini Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang popular dengan Banglo Disneyland Ampang sehingga didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan SPRM serta didakwa di bawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001.
2. Kini Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Hisyammuddin Ghazali (Syam Ghaz) orang kuat dan proksi Husam Musa Naib Presiden PAS (bekas Naib Presiden PAS) dikatakan memiliki Banglo Mahligai di Lembah Binjai hasil bantuan Husam Musa ketika berkuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Syarikat Kelantan Biotech Corporatian Sdn Bhd. Syam Ghaz merupakan Eksekutif Kanan di syarikat itu sebelum meletak jawatan pada tahun 2014.
3. Projek Lembah Binjai bernilai lebih RM100 juta kerjasama MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diumumkan pada 20 Januari 2017 mengundang kontroversi perang mulut antara PAN dan PAS.
4. Ini termasuklah Syam Ghaz yang memiliki rumah banglo mewah di Lembah Binjai itu. Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan menggunakan sepenuhnya isu ini bersama Syam Ghaz untuk meraih simpati rakyat. Tidak terkecuali Husam Musa.