Monday 15 May 2017

RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT



1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. 

Sunday 14 May 2017

DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA!



Sama ada dia tidak berjawatan Mufti atau dilantik semula Mufti dia terus memungut wang dari derma orang ramai. Kali ini menjual meja berbuka puasa sehingga
satu pakej RM30 ribu. 


1. Dr Maza cipta kontroversi lagi. Sebelum ini Captain M telah mendedahkan  Dr Maza Mufti Perlis yang berpengaruh di MAIPs memberi keizinan kepada IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) miliknya mengutip zakat di dalam dan luar negeri Perlis. Ustaz Hasanuddin Yunus pendokong IKRAM adalah Naib Presiden PAN.


2. Apa Dr Maza kisah pada gerakan pembangkang yang mendapat dana dari projek kutipan Zakat. Asalkan dapat beri sumber kewangan. Dr Maza yang berpura-pura dalam media sosial sebagai marhean, memahami derita rakyat akhirnya bersekongkol dengan NGOnya menjual agama melalui kutipan dana Iftar Perdana IQ Malaysia secara berpakej sehingga RM30,000. Kecaman dan kritikan netizen akhirnya dia memadam status itu dalam Facebooknya.

Saturday 13 May 2017

BERANIKAH NEGERI RASUAH LIM GUAN ENG TANDATANGAN IKRAR BEBAS RASUAH SPRM? LIM GUAN ENG TAHU DIA BAKAL KALAH KES!





1. Hampir ke semua negeri telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kecuali 3 negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

2. Agaknya Lim Guan Eng Ketua Menteri Melaka yang dituduh Kes Rasuah Jun 2016 bersama Phang Li Koon berani tak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dibuat SPRM untuk dirinya dan semua Exco Kerajaan Pulau Pinang? Dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694), Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

3. Lim Guan Eng dan para peguamnya hampir pasti tahu beliau akan kalah dalam perbicaraan itu. Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pengarah SPRM, bekas Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara bukanlah calang orang kerana berpengalaman dalam kes-kes besar seperti besar kes Perwaja zaman Tun Dr Mahathir, NFC, malah kes Dr Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Johor. Lantaran itu tak hairanlah Lim Guan Eng berusaha mencabar Akta SPRM di mahkamah semua ini usaha melengah-lengahkan kes perbicaraannya untuk berhadapan PRU ke14. Apakah dia fikir para Hakim akan mengikut kehendaknya?

Thursday 11 May 2017

WOW! SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG PEMIMPIN PPBM JUGA TERLIBAT?




1. Membaca sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang amat jelas anak syarikat 100% milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Katalah apapun ia tetap di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN). 

2. MAINPP dan Zakat Pulau Pinang adalah dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam. Siapakah dia? YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM dari PKR. Malah jika kita lihat Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang majoritinya dari MAINPP selain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang. Siapa mereka ini? kuasa siapa melantik? tentulah kerajaan negeri. Dato' Azman Hj Samat selaku Pengurus Besar ZPP adalah bawah kerajaan negeri. Kerajaan Negeri dua penggal bawah pemerintahan DAP boleh membuang beliau kalau mereka hendak. 

Wednesday 10 May 2017

SKANDAL RASUAH ZAKAT PULAU PINANG DAP TERLIBAT, EXCO DAN MUFTI KELU LIDAH?



1. Pulau Pinang Negeri penuh dengan Skandal Rasual sejak DAP menjadi pemerintahnya. Lim Guan Eng sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang turut dituduh di mahkamah kerana rasuah. Proksi Lim Guan Eng Dato' Seri Khor Teng Tong (Hunza Group) ditahan SPRM awal bulan April lalu kerana kes jual tanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.

2. Semalam (9 Mei 2017) sangat mengejutkan dan memalukan umat Islam di negara ini apabila Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

3. Pengurus Besar berusia 50 tahun ini didapati menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.


Friday 5 May 2017

RAFIZI GAGAL TUNJUK SIAPA BERI DANA INVOKE & NOW PROVOKASI ADAM BERJAYA




1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.



2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu. 

Wednesday 3 May 2017

SEPUPU SHAFIE APDAL PRESIDEN PARTI WARISAN DICEKUP SPRM KERANA RASUAH?




1. Sumber KKLW mendedahkan terdapat lebih 60 fail berkaitan projek KKLW yang terlibat rasuah ketika Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW telah diambil SPRM pertengahan April lalu. Ia melibatkan kes projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar ( JALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar ( BELB). Pastinya ia makin merimaskan bekas orang kanan KKLW yang terlibat dalam perancangan merompak oleh Shafie Apdal sebelum ini.  Mereka hendak selamatkan diri sendiri atau Shafie?

2. Begitu banyak bukti baru ditemui bukan saja kes rasuah pembelian bangunan Mara Inc yang baru-baru ini didedahkan melibatkan Datuk Mohammad Lan AIlani proksi Shafie Apdal malah kes-kes lain seperti projek Jabatan Air Neger Sabah melibatkan proksi dan ahli keluarga Shafie.