Sunday 30 April 2017

AZMIN BAKAL TUMBANG DENGAN HELICOPTER JAMAL ATAU KRISIS KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR?



1. Dato' Sri Jamal Yunos sekali lagi melakukan kaedah sama mengunjungi kawasan Paya Indah Wetlands dan 28 April lalu melakukan tinjauan dari udara dengan helicopter.  Kaedah ini seperti apa yang dilakukan terhadap Adam Rosly dengan melakukan kunjungan ke rumah Disneyland Ampang milik Adam Rosly disusuli dengan Helicopter membawa kepada pertuduhan Adam rasuah Adam di mahkamah 21 April lalu.




Berita TV3 yang menunjukkan lawatan Dato' Sri Jamal di Paya Indah Wetlands 28 April 2017. Mendedahkan projek Gamuda RM30bilion dengan komisen 10 peratus


2. Kini mampukah kaedah yang sama akan menumbang atau menurunkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Kisah Paya Indah Wetlands pernah dibawa oleh CheGuBard atau Badrulhisham tahun lalu yang mendapat liputan meluas media mengenainya sehinggalah penglibatan syarikat taikun Gamuda Berhad yang membeli tanah Lot 68054 di Paya Indah Wetlands yang juga dikaitkan dengan penjualan SPLASH anak syarikat Gamuda.

3. Apa yang Jamal tunjukkan dari lawatan dan tinjauan dari udara adalah contoh fizikal kemusnahan alam sekitar kawasan yang berdekatan diwartakan sebagai kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar. 

Saturday 29 April 2017

THE TOP@KOMTAR 4 BULAN BEROPERASI SECARA HARAM GADAI NYAWA RAKYAT, UNTUNG PROKSI LIM GUAN ENG DIUTAMAKAN


The Top@Komtar 18 Disember 2016 dilancarkan sejak 18 Disember 2016. Sejak itu beberapa bahagian projek pengubahsuaian The Top@Komtar belum mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). OWG sangat kebal. Apa saja yang Dato' Sri Richard Koh pengasas OWG minta DILULUSKAN Lim Guan Eng. Termasuk mengutip hasil tanpa CCC. Selanjutnya didalam

SIRI 1

1. 4 tahun lalu, 1 Mei 2013 media rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Buletin Mutiara mengumumkan Kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang dikatakan siap menjelang tahun 2015. Ini termasuk kerjakerja pembinaan termasuk lif lingkaran luar KOMTAR yang bakal menjadi produk tarikan terbaharu menghubungkan Tingkat 5 ke puncak (Tingkat 65); pembinaan semula premis restoran bertaraf antarabangsa (sky dining) di Tingkat 59 dan Tingkat 60; menaiktaraf empat lif sedia ada dalam bangunan KOMTAR, pembinaan Dewan Bankuet (Tingkat 5), arked membeli-belah (Tingkat 5) dan eskalator di tangga utama ke Tingkat 5.

2. Lim Guan Eng mengumumkan  Syarikat World Equipment Sdn. Bhd. (WESB) anak syarikat Only World Group (OWG) milik sahabat baiknya Dato' Sri Richard Koh yang kononnya menang tender terbuka. Angka yang dilaporkan berbeza-beza dari RM 40 juta hinggalah kini RM 200 juta.

Thursday 27 April 2017

SURAT FELDA DIDEDAHKAN! BUKTI KERAJAAN SELANGOR GAGALKAN PROJEK PERUMAHAN FELDA SOEHARTO DAN SABOTAJ PPR SUBANG




1. Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat pimpinan PKR tidak pernah ikhlas dalam menyediakan perumahan dan kemudahan kepada rakyat. 23 April lalu Azmin Ali MB Selangor berkata jika Kerajaan Persekutuan mahu mengambil alih pengurusan bangunan PPR Subang 1 Kerajaan Persekutuan perlu membayar RM 60 juta yang dibelanjakan Kerajaan Negeri selama 16 tahun bagi membiayai kerja penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1

Sunday 23 April 2017

SELEPAS ADAM ROSLY KINI RADAR SPRM KEPADA SHAFIE APDAL DALAM SKANDAL MARA INC & KKLW?


[Pemburuan Adam Rosly sejak setahun lalu kini sudah ke peringkat pendakwaan mahkamah. Jadi kita berehat dahulu untuk Adam. Kita mulakan langkah dengan Shafie Apdal] 

1. Pemburuan yang belum berakhir ialah Dato' Seri Shafie Apdal Bekas Menteri KKLW yang kini menjadi Presiden Parti Warisan Sabah. Sikap bongkaknya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) dan siri jelajahnya di daerah di Sabah menuduh kerajaan dengan pelbagai isu sangat menjengkelkan. 

2. Secara logiknya mana ada Menteri ketika berkuasa (Akta Fungsi Menteri & Akta Kontrak) tidak terlibat dalam sesuatu urusan. Kuasa Menteri sangat jelas. Jadi tak perlu Shafie Apdal berlakon seolah-olah bersedia untuk disiasat. Sebenarnya Shafie Apdal lebih suka dan berdoa SPRM tidak memanggilnya. Di Malaysia dipanggil SPRM salah atau tidak rakyat memberi persepsi buruk. 

Saturday 22 April 2017

RM300 RIBU DARI MANA ISTERI ADAM ROSLY DAN ZURAIDA KAMARUDDIN DAPAT WANG JAMINAN UNTUK ADAM?


1. Ketika Adam menerima 6 pertuduhan di mahkamah kerana keterangan dan dokumen palsu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata pertuduhan yang dikenakan ke atas Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Adam Rosly sebagai tidak munasabah. Katanya
"Pertuduhan-pertuduhan tadi dikenakan atas Akta AMLATFPUAA 2001, itu tidak selaras dan tidak munasabah untuk dituduh di bawah AMLATFPUAA atau Anti Pengganas. Kita dan keluarga Adam akan usahakan untuk ikat jamin saudara Adam dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab pertuduhan yang diberi tidak setimpal dengan tuduhan (yang dibuat SPRM) sebelum ini," - Zuraida Kamarudin
2. Zuraida lupa kes Adam sebagai "Tip of the Iceberg' permulaan kepada pertuduhan terhadap Adam dan menyiasat sumber haram yang diperolehi Adam. Banyak lagi yang bakal dikorek mengenai Adam. Rumah-rumahnya, syarikat dan kenderaan mewahnya. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib pada mulanya menawarkan RM400,000 sekiranya mahkamah mempertimbangkan untuk memberikan jaminan. Bagaimanapun Peguam Adam, Ahmad Zaidi Zainal memohon jumlah jaminan sebanyak RM150,000 kesalahan yang dilakukan tidak serius selain mempunyai pendapatan yang tidak seberapa. Mahkamah menetapkan RM300,000 sebagai jaminan dan passport dirampas.

Friday 21 April 2017

RM555 RIBU DARI AH LONG BUKTI ADAM DAN ZURAIDA LINDUNGI 'AH LONG' DI AMPANG?



1. Zuraida Kamaruddin MP Ampang yang sempat hadir kes perbicaraan pertama Adam Rosly, Ketua AMK PKR Ampang, Adam Rosly menghadapi enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memberi komen bongkak 6 pertuduhan yang dikenakan kepada Adam.

2. Zuraida jangan lupa SPRM sendiri memberi jaminan siasatan terhadap Adam akan diteruskan berkaitan kesalahan dibawah ASPRM 2009 dan AMLATFAPUAA 2001Jadi Zuraida jangan fikir 6 kes ini sahaja yang akan dihadapi Adam. Banyak lagi yang perlu disiasat khususnya sumber kekayaan Adam yang tidak sepadan pendapatan termasuk hubungan Adam dengan Zuraida dan Azmin Ali. Ini satu permulaan buat Adam dan Zuraida. Jadi jangan berlagak buat Mak Lampir!

Thursday 20 April 2017

RUMAH DISNEYLAND AMPANG DISITA AKHIRNYA ADAM ROSLY DIDAKWA 21 APRIL 2017 KERANA MENIPU PEMILIKAN HARTANYA!



1. Akhirnya Adam Rosly, 28 tahun Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Cabang Ampang yang disiasat berkaitan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dari syarikat-syarikat kawalannya sehingga kaya luar biasa dari projek kerajaan negeri Selangor bakal didakwa jumaat ini (21 April 2017). Sama-sama kita nantikan!

2. Adam Rosly sebagai Pegawai Khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang menggunakan kedudukannya untuk membolot projek kerajaan negeri Selangor di mana Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang diberi mandat oleh Azmin Ali bagi menentukan projek-projek PBT Selangor. Adam juga punya hubungan rapat dengan Azmin Ali MB Selangor. 

3. Pada 10 Februari lalu Adam Rosly dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkaitan akaun-akaun, harta alih dan tak alih yang Adam miliki namun Adam jutawan PKR itu dikatakan telah mengemukakan dokumen palsu berkaitan harta-hartanya, termasuklah rumah Disneyland yang berharga lebih RM 1 juta (dinyatakan Adam sebagai rumah lelong), hartanah dan deretan kereta mewahnya atas nama isteri dan milik 'taukeh'. Rumah Disneyland Adam dianggarkan RM1.2 juta turut disita SPRM.
"13 April lalu Adam dipanggil semula SPRM seterus ditahan reman 5 hari dan kemudiannya tahanan reman dilanjutkan 4 hari sehingga didakwa esok 21 April 2017 (Jumaat)"