Monday 30 October 2017

SHAFIE APDAL MENGAPA SEKARANG TERJAWAB! SALAH GUNA KUASA : 14 SYARIKAT TERBUKTI 9 LAGI MENYUSUL

Mengapa dulu Shafie tak ditangkap?
Persahabatan Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim:
Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas  KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012.  Akhirnya 
Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram  RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan  ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim. Kini! Shafie Apdal tak boleh permainkan SPRM

[SIRI 2: Rasuah & salahguna kuasa Shafie Apdal]

1.  Jika ditanya mengapa kes Shafie Apdal tidak disiasat dahulu ketika dia menteri?  Mudah saja, Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM dahulu dan Shafie Apdal adalah sahabat akrab. Sahabat "cium mulut".  Tan Sri Abu Kassim tak mahu siasat. Jadi tutuplah buku. Jadi mengapa sekarang siasat dan tangkap? Sekarang Tan Sri Dzulkifli Ahmad KP SPRM dan Datuk Seri Azam Baki Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM bukan kawan dia, ada laporan rasuah dan ada bukti. Mestilah tangkap!

2. Sehari selepas ditahan SPRM Shafie Apdal kembali ke kawasannya Parlimen Semporna. Bukan main dia sombong bersuara akan mendedahkan siapa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Penuh bersemangat dengan nada mengugut. Dia baru nak panas enjin orang lain dah nak dakwa dia di mahkamah. Apakah Shafie Apdal akan menggugat Musa Aman dengan pendedahannya di Dewan Rakyat? Atau dia dahulu mendapat khabar berita syarikat yang membayar rasuah kepada adik dan dirinya?

3. Ketua Wira Warisannya Azis Jamman yang juga direman SPRM selama lima hari 10 Oktober lalu turut mencabar pihak tertentu membuktikan projek KKLW ketika zaman Shafie adalah gagal. Katanya dengan sombong;
"Ada kata Shafie memiliki 23 syarikat dan projek (bernilai) RM1.5 bilion. Saya mahu tanya orang- orang Umno. Mana projek KKLW yang terbengkalai? Mana yang tak siap. Yang lebih lucu ini projek tahun 2009, ada yang 2013 mengapa sekarang baru tangkap?" - Ajis Jamman
4. Yang siasat SPRM tapi mereka tuduh UMNO, sedangkan dalam kes Skandal KKLW RM 1.5 bilion turut dipanggil ialah pemimpin UMNO seperti Yusof Apdal Adun Lahad Datu, Ketua Pemuda Tenom dan Tawau. 

5. Siri 1 Rasuah dan Salah guna kuasa Shafie Apdal, Captain M mendedahkan 350 projek KKLW disiasat SPRM, 60 syarikat yang terlibat berpusing-pusing mendapat projek dan hampir separuh iaitu 23 syarikat di bawah penguasaan Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal. Syarikat mendedahkan mereka membayar semua wang kepada Datuk Yusof dan Hamid. Belum masuk yang Azis Jamman menggunakan Sinkong Contructions Sdn Bhd. Lagi Azis Jamman berlagak suci wal hal dia dah beri makan duit haram kepada dua isteri dan anak-anaknya. 


6. Mereka juga mencabar mana projek terbengkalai? Projek yang gagal bukan setakat terbengkalai, tidak mengikut spesifikasi, projek siap tapi tak boleh digunakan, terlebih bayar, EOT memanjang kerana dia proksi Shafie dan lain-lain lagi. Dia hendak mana satu? Banyak!


7. Shafie Apdal berkata jika Loji Air Sungai Intan Semporna  projek itu diberi kepada Syarikat Wilayah Kaya Sdn Bhd milik Nik Mohd Syukimi dikatakan anak saudara Ketua Menteri, konsultan pula Perunding Shahelmy dan Rakan-rakan Sdn Bhd hakikat yang dia lupa pusinglah seratus kali pun ialah projek itu milik Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW/BALB/1/2013) kuasa siapa meluluskan KKLW?  Surat menandatangani kontrak penurunan kuasa KKLW siapa yang beri? tetap juga Shafie Apdal. Apa dia lupa projek ini adik dia yang membawanya? 

Boleh lihat di sini bagaimana dokumen ditandatangani Shafie Apdal;

Shafie Apdal Salah Guna Kuasa 


7. Hari ini media perdana mula melaporkan penglibatan 14 syarikat yang sudah dibuktikan SPRM terlibat dengan penyelewengan KKLW. 14 syarikat adalah daripada 23 syarikat yang dikenal pasti digunakan adik Shafie Apdal, Datuk Yusof dan Hamid Apdal. 

8. Susah ke nak dakwa Shafie Apdal bawah Seksyen 23 Akta SPRM? Dah kalau adik Shafie Apdal dapat projek sehingga lebih 20 syarikat tender atau tender terhad mana yang telus boleh beri projek kepada adik sebanyak itu? Pastinya arahan Shafie Apdal kepada KSU atau kementeriannya beri projek kepada adik-adiknya. Itulah salah guna kuasa namanya. 

9. Nampaknya tak lama lagi Shafie Apdal bakal didakwa di mahkamah. Tak sabar nak tengok Shafie Apdal sibuk bicara di mahkamah. Hancurlah Parti Warisan nanti. 

10. Sebagai bunga dan hadiah untuk Shafie Apdal jika penyelewengan dana KKLW Sabah telah dibuka wajarlah kes seleweng dana di Sarawak dibuka SPRM. Duit rakyat dan banyak projek yang dibuat kroni tak siap, lewat atau tidak menepati spesifikasi. Belum masuk 'mark up' harga projek lagi. Boleh baca penyelewengan projek elektrik Sarawak RM2.94 bilion di blog masterdedah.com   

Pening Shafie Apdal tidak boleh tidur.



Captain M
30 Oktober 2017

No comments:

Post a Comment